Thursday, November 15, 2012

This is my explanation.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt, sihat semuanya? Kalau sihat baguslah, aku pun sihat. So kita semua sihat, Alhamdulillah atas rahmat ini. So okay, lets get started. 

Ramai orang yang tanya pasal berniqab kat aku, so yah, this is my explanation. Aku belum berniqab lagi. Okay? Sebab mama tak izinkan. K kejap, boleh guna ganti nama diri 'aku' kan? Kang nanti orang kata tak sopan pulak.... 

K pasai yang aku pakai pergi Term haritu, sebenarnya tanpa pengetahuan mama. Yahh I know it is my fault. I knowwww. Tapi masa tu fikir tak panjang, terburu buru. Allahu, jangan lah anggap yang aku ni main main je berniqab ni semua. Setiap manusia buat salah kan. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada diri aku sendiri.

Nak jadi orang yang berniqab bukannya senang, masyarakat sekeliling akan expect kita jadi manusia yang sempurna. Terlalu sempurna sedangkan memang dah terbukti takde manusia yang sempurna. Taktau lah kenapa orang anggap macam tu, pada aku orang yang berfikiran macam tu amat sempit pemikirannya. Sorry cakap hokay. Bila pikir pikir balik, aku sibuk nak berniqab sampai langgar perintah mama. Sedangkan berniqab itu sunnah, menurut perintah mak ayah tu wajib. So yah, aku nak kalau aku berniqab dengan redha mama. Dan kalau boleh aku taknak bawak tanggapan buruk pada orang lain terhadap orang yang berniqab.

So sesiapa yang ada niat nak berniqab tu, pikir dalam dalam, perbetulkan niat kita nak berniqab tu. Okay, tu ja. Bye Assalamualaikum. Maafkan kalau ada terkasar bahasa, mohon doakan aku k :) XX.

Monday, November 5, 2012

Lawak? Tak langsung.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt, hai semuaaa. Pernah tak kena bahan or else oleh orang yang bertujuan nak bergurau ataupun nak buat lawak tapi sebenarnya tak lawak langsung. Like SOOOO LAMEEEE. Asdfghjklmnbvcxzqwertyuiop. K tu namanya emosi berlebihan. 

Tolong ah jangan buat gurau pasal agama ni. Kau ingat sekarang kau gelak gelak kan orang yang ikut tuntutan agama, nanti kat akhirat nanti kau boleh gelak gelak lagi ke ha?! Astaghfirullah, lagi sekali emosi melampau. Ingat nampak cool gila, kelakar dan sebagainya ke kalau buat lawak benda benda macam ni?

Ya Allah, tak. TAK. Tapi nampak macam orang yang sangat narrow minded, jahil, dan tak berpendidikan tu adalah. K kalau boleh nak sangat kawal marah ni, tapi kalau mulut kurang hajar macam tu mungkin akan di lunyai kan suatu hari nanti. Allahu, kuatkan hati.

Tolong ah hentikan. TOLONG. Jangan menyesal di kemudian hari dah lah. Jangan sampai satu hari nanti kawan kawan yang diagungkan sangat dan dianggap so awesome sebab langgar perintah Allah tu tinggalkan kau terkontang kanting. Aku takkan nak dekat pun dengan kau lagi. I'm done. Okay? 

Sorry emosi sangat hari ni. Emotional lettew! K bye assalamualaikum wbt, uhibbukunna fillah abadan abada :*


Monday, October 15, 2012

Kebersihan diri tu penting ya anak anak!

Assalamualaikum wbt, hai semua! Eeeee seronoknya dah habis PMR. Jealous tak? Hehek. So yahhhh, disebabkan parut jerawat di dahi yang tak hilang hilang, maka dengan ini saya nak nasihatkan sila jaga kebersihan diri dan muka.

Firstly, sila lah rajin basuh muka.  Rajin kan diri, jangan malas anak anak. Lagi satu rajin ambik wudhu, membersihkan muka lima kali sehari dan mengelakkan dehidrasi kulit. Malah menambah keserian kulit! Luls macam iklan pulak.

Lelaki pun sama, tolong ah rajin basuh muka. Ingat muka minyak kilat kilat ada blackhead, whitehead pinkhead semua macho? Tak k.

Second, kalau ada jerawat, tolong jangan picit ataupun pecahkan. Macam aku haritu, hikhik. Sebab tu parut tak hilang, kihkihkih. Letak la pimple gel ataupun gel jerawat. Biar cepat kering. Tapi pantang larangnya sila jangan picit jerawat tersebut.


 

Lagi satu, jangan cepat terpedaya dengan iklan. Kang keluar produk ni, kau beli, keluar produk lain, beli lagi. Amboi makin teruk muka tu nanti baru tahu! Jangan ah tengok orang ni pakai lawa, kita pun pakai gak. Kulit kan lain lain, so kesesuaian produk pun lelain bro.


So kalau korang rajin jaga muka jaga kebersihan dan sebagainya, maka InsyaAllah hasilnya selawa Kak Fatin Liyana. Berharaplah korang ya. Mahaha, k thats all. Bye Assalamualaikum wbt :*