Thursday, June 28, 2012

I really miss you, Dad.



Assalamualaikum wbt, hai. K saja update blog sebelum start buat folio. Hehe. Macam biasalah, niat bukak laptop nak buat Folio Sejarah akhirnya akan jadi angan angan semata mata. K serious. Tak tipu. Haha.
Okay btw, harini nak buat entry panjang sikit. Sebab Shidah complain, haha. Btw, sebelum start baca, can you please sedekahkan Al-Fatihah untuk abah? Thankyou so much sweethearts.

Rindu abah. Kbye. Haha panjang tak? Haha.

Actually seriously rindu abah. Ingat lagi dulu masa abah bukak kedai makan, aku lah pelanggan tetap abah :b  Sambil duduk dan tengok tv, sambil makan Mee Hailam abah buat. Ingat lagi, Mee Hailam Abah is the best and forever the best! Lama gilaaaa tak makan. Pastu aku tak pernah tolong abah siapkan order, tahu kenapa? Sebab bila aku tolong, jadi makin lambat. Tak berbudi lagsung aku kan? :'o

Pastu dulu, kalau kena marah dengan atuk, mesti aku lari turun rumah abah, pastu abah buatkan teh, lepas habiskan teh sambil menangis,  akan tertidur. Bangun terus okay, masa tu baru abah suruh cerita. Hihiw. Pastu kalau kat rumah abah memang macam tengah pam badan. Makan je. MAKANNNNN. Hihi seronok :b Paling best bila abah buat sup ikan merah, pun THORbaik jugak. Hihi. And and and lempeng abah buat pun best, abah kata masak dengan kasih sayang, sebab tu sedap :) Nasi goreng pun syiok gak. Kesimpulannya, abah masak memang best tak boleh lawan. Hehe.

Esok ada tiga penjuru. Biasanya mesti abah yang pergi. Pastu aku buat muka gedik kat abah bila cikgu panggil. Daripada tiga penjuru jadi dua penjuru je. Hehe. Paling wajib bila lepas tiga penjuru tu, ajak abah pergi kantin, pastu borong semua makanan sedap sedap. Hahahaha gedik gila gua.

Pastu dulu, siapa aku minat, abah mesti tahu. Isy, stalker betul abah ni. Muehehe :b Abah kata abah kenal anak anak dia, so of course abah tahu aku suka siapa. Hikhik.  And abah selalu sokong apa aku nak buat. The only one yang faham aku luar dalam. Kalau ada di antara family yang gaduh, arwah takkan sebelahkan sesiapa. Dia hanya tolong selesaikan. At last, semua puas hati.

K dah la, tak perlu nak sedih sedih malam ni. Pergi buat Folio Sejarah sana! Muehehe. Bye Assalamualaikum my hearts :* *heartS? Woo hati aku ada banyak, kbye*

Monday, June 25, 2012

Surat untuk bakal suami. Ehem ehem. *sila ingat PMR*


Assalamualaikum wbt, hai bakal suami. Saya tahu saya muda lagi nak cakap pasal suami. Muda SANGAT actually. Tapi siapa tahu kalau saya kahwin awal. Hikhik :b *turn on mood gatal* Eh, PMR lah. Jangan nak suami suami sangat eh. *turn off balik mood gatal*.

Ehem ehem,
Awak, *panggil dengan secomel boleh. Haha* saya tahu saya ni tak lah sebaik mana. Tapi, saya harap saya yang terbaik di mata awak. Awak, kalau kita bercinta lepas kahwin, saya harap awak boleh terima dan cintakan saya. Dan saya nak awak tahu, bermula dari saat awak melafazkan akad nikah, dan bermula dari saat saya dengan sahnya jadi isteri awak, saya nak awak tahu, cinta saya hanya untuk awak, kesetiaan saya hanya untuk awak. *jiwang habis, kbye*

Awak,
Saya ni kuat merajuk. Memang kena bersabar banyak dengan saya. Tapi InshaAllah, saya akan cuba jadi isteri terbaik untuk awak. Disebabkan awak akan jadi antara orang yang saya palinglinglingling sayang, saya nak awak tahu, saya ni memang perangai macam mintak penyepak sikit. Tapi saya tetap hormat awak, dan sayang awak. Okay? Sila bersabar dengan saya :b *Muka solehah* Saya harap awak tak halang saya untuk capai cita cita saya. Dan saya harap, harap sangat sangat, awak akan bawak saya lebih dekat dengan Allah. Dan saya harap sangat awak boleh bimbing saya jadi seorang anak, isteri dan ibu yang baik. *Amboi, sampai ke ibu dah ni, melampau*

Sampai sini sahaja surat saya untuk awak. Banyak lagi saya nak cakap, tapi nanti lepas kita kahwin saya sambung balik okay? Hehe :b I hope Allah will keep us on the right track and may our love remain until Jannah. InshaAllah, Amiin ya Rabbal Aalamiin :') Assalamualaikum.