Thursday, November 15, 2012

This is my explanation.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt, sihat semuanya? Kalau sihat baguslah, aku pun sihat. So kita semua sihat, Alhamdulillah atas rahmat ini. So okay, lets get started. 

Ramai orang yang tanya pasal berniqab kat aku, so yah, this is my explanation. Aku belum berniqab lagi. Okay? Sebab mama tak izinkan. K kejap, boleh guna ganti nama diri 'aku' kan? Kang nanti orang kata tak sopan pulak.... 

K pasai yang aku pakai pergi Term haritu, sebenarnya tanpa pengetahuan mama. Yahh I know it is my fault. I knowwww. Tapi masa tu fikir tak panjang, terburu buru. Allahu, jangan lah anggap yang aku ni main main je berniqab ni semua. Setiap manusia buat salah kan. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada diri aku sendiri.

Nak jadi orang yang berniqab bukannya senang, masyarakat sekeliling akan expect kita jadi manusia yang sempurna. Terlalu sempurna sedangkan memang dah terbukti takde manusia yang sempurna. Taktau lah kenapa orang anggap macam tu, pada aku orang yang berfikiran macam tu amat sempit pemikirannya. Sorry cakap hokay. Bila pikir pikir balik, aku sibuk nak berniqab sampai langgar perintah mama. Sedangkan berniqab itu sunnah, menurut perintah mak ayah tu wajib. So yah, aku nak kalau aku berniqab dengan redha mama. Dan kalau boleh aku taknak bawak tanggapan buruk pada orang lain terhadap orang yang berniqab.

So sesiapa yang ada niat nak berniqab tu, pikir dalam dalam, perbetulkan niat kita nak berniqab tu. Okay, tu ja. Bye Assalamualaikum. Maafkan kalau ada terkasar bahasa, mohon doakan aku k :) XX.

Monday, November 5, 2012

Lawak? Tak langsung.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt, hai semuaaa. Pernah tak kena bahan or else oleh orang yang bertujuan nak bergurau ataupun nak buat lawak tapi sebenarnya tak lawak langsung. Like SOOOO LAMEEEE. Asdfghjklmnbvcxzqwertyuiop. K tu namanya emosi berlebihan. 

Tolong ah jangan buat gurau pasal agama ni. Kau ingat sekarang kau gelak gelak kan orang yang ikut tuntutan agama, nanti kat akhirat nanti kau boleh gelak gelak lagi ke ha?! Astaghfirullah, lagi sekali emosi melampau. Ingat nampak cool gila, kelakar dan sebagainya ke kalau buat lawak benda benda macam ni?

Ya Allah, tak. TAK. Tapi nampak macam orang yang sangat narrow minded, jahil, dan tak berpendidikan tu adalah. K kalau boleh nak sangat kawal marah ni, tapi kalau mulut kurang hajar macam tu mungkin akan di lunyai kan suatu hari nanti. Allahu, kuatkan hati.

Tolong ah hentikan. TOLONG. Jangan menyesal di kemudian hari dah lah. Jangan sampai satu hari nanti kawan kawan yang diagungkan sangat dan dianggap so awesome sebab langgar perintah Allah tu tinggalkan kau terkontang kanting. Aku takkan nak dekat pun dengan kau lagi. I'm done. Okay? 

Sorry emosi sangat hari ni. Emotional lettew! K bye assalamualaikum wbt, uhibbukunna fillah abadan abada :*


Monday, October 15, 2012

Kebersihan diri tu penting ya anak anak!

Assalamualaikum wbt, hai semua! Eeeee seronoknya dah habis PMR. Jealous tak? Hehek. So yahhhh, disebabkan parut jerawat di dahi yang tak hilang hilang, maka dengan ini saya nak nasihatkan sila jaga kebersihan diri dan muka.

Firstly, sila lah rajin basuh muka.  Rajin kan diri, jangan malas anak anak. Lagi satu rajin ambik wudhu, membersihkan muka lima kali sehari dan mengelakkan dehidrasi kulit. Malah menambah keserian kulit! Luls macam iklan pulak.

Lelaki pun sama, tolong ah rajin basuh muka. Ingat muka minyak kilat kilat ada blackhead, whitehead pinkhead semua macho? Tak k.

Second, kalau ada jerawat, tolong jangan picit ataupun pecahkan. Macam aku haritu, hikhik. Sebab tu parut tak hilang, kihkihkih. Letak la pimple gel ataupun gel jerawat. Biar cepat kering. Tapi pantang larangnya sila jangan picit jerawat tersebut.


 

Lagi satu, jangan cepat terpedaya dengan iklan. Kang keluar produk ni, kau beli, keluar produk lain, beli lagi. Amboi makin teruk muka tu nanti baru tahu! Jangan ah tengok orang ni pakai lawa, kita pun pakai gak. Kulit kan lain lain, so kesesuaian produk pun lelain bro.


So kalau korang rajin jaga muka jaga kebersihan dan sebagainya, maka InsyaAllah hasilnya selawa Kak Fatin Liyana. Berharaplah korang ya. Mahaha, k thats all. Bye Assalamualaikum wbt :*



Thursday, September 27, 2012

Awayyyyyyyyyyy from Twitter, Facebook and my dearest blog :(


Assalamualaikum wbt, hai PMR. Nampaknya awak macam tak sabar sabar nak berhadapan dengan saya. Hmph, terharunya ni.

Disebabkan PMR yang terlalu excited nak berhadapan dengan saya, maka saya terpaksa mengundur diri dari Twitter, Facebook dan Blog. *Dah kenapa ayat nak sasterrrrrrrawan sangat nih?* So yah, jangan rindu wa k. Hiks! *k rasa nak tampar, tampar lah, tamparrrrr. K fine* Banyak nya benda tak baca lagi, banyak nya benda tak ingat, banyak nya benda yang tak revise lagi. Exam lagi 10 hari. Apakah itu? Hahah.
Tak sabarnya nak habis PMR ni ha. Haduih duih duih duih. 

Okay lagi sekali lupa nak cerita apa. Hooraaayyy for me, k then. Bye Assalamualaikum, take care! Selamat berstruggle :)

Friday, September 21, 2012

Dugaan adalah salah satu cara Allah menaikkan darjat kita :')


Assalamualaikum wbt! Eeeeeeeeeee lamanya tak bukak blog ni. Ceh macam lah lama sangat en. Tapi lama gak ah sebenarnya, eleh macam lah selama ni selalu bukak. Memang jarang bukak pun, busy. K dah la diam lah, cakap belit belit :b Hehe.

Hey acano nak start cerita ni? Aloo tak reti la. Straight to the point lah eh. Cehh macam lah ada point sangat entry wa ni :b K, sebenarnya nak cakap, orang yang baru nak berhijrah, dari yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik, memang ada dugaannya. Bukan setakat ada je, malah BANYAK. Ingat masa first kita pakai tudung labuh, ada orang tegur, 'Amboi, mentang mentang pakai jubah, tudung pun taknak kalah.' 'Eh, nampak lain, tak macam biasa.' macam macam lah. But yah, diam and senyum jela. Tapi dalam hati rasa dihiris sembilu k. Luls ayat, kbai :b Pernah gak sekali, tengah jalan jalan dengan Along kat Term One, Seremban, ada orang lalu sebelah, dia dari belakang, pastu masa selisih tu dia cakap, 'Sana lah sikit, ustazah.' Aii bang? Ustazah je ke Islam? Yang wajib tutup aurat? Tapi masa tu diam jela. Dalam hati doa mintak Allah kuatkan hati ni.

Normal lah bila kita berhijrah, akan ada seseorang yang memandang serong, dan kita pasti akan hilang something. Bak kata orang, 'When you change, you may lose something good. But you may gain something better, InsyaAllah.' So janganlah cepat berputus asa ya! Oklah, tu je. Hehe. Tajuk macam serious sangat en, hehe. Eh btw, thankyou sebab follow twitter I. Ihiks :b Ukhuwah fillah <3 assalamualaikum="assalamualaikum" careee="careee" okbai="okbai" p="p" take="take" wbt.="wbt.">

Wednesday, August 22, 2012

Baju Kurungssss!

(gambar hiasan, tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati, eheks)

Assalamualaikum wbt! HAIIIIIIIIIIIIIIIIIII, seronok raya? Seronok? Seronok tak? Raya gua yang paling best masa raya keempat. Ihiks. Sebab pergi merayau rayau kutip duit raya dan menggemukkan badan. Hahahahahaha tak lawak. K.

Raya tahun ni beli baju kurung banyak sikit. Bukan apa, saja nak perbanyakkan baju kurung. Baru perempuan melayu bak kata orang. Eheks. Rasanya memang setahun sekali je aku pakai baju kurung. Kecuali kalau ada kenduri. So memang sikit sangat baju kurung tu. Then tahun ni mintak mama baju kurung banyak sikit, so yah, mama pun sokong. Alhamdulillah, HOORAAYYYY for me :D Ingat azam tahun ni nak pakai baju kurung selalu, senang kut.

Tahun ni macam tak boleh nak raya sakan sangat. Seminggu cuti ni je boleh raya sakan lepak tak bukak buku langsung, lepastu dah kena start study balik. Nak PMR kan :( Hm hm. 

K lah, takde isi langsung entry ni. So then, bye XX. Assalamualaikum :)

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya, Maaf Dipinta, Duit raya juga dipinta.

Assalamualaikum wbt, hai hei hoi. Wassup? Seronok tak pergi sekolah hari ni? Pemalas! Haha takdelah. So gimana puasa hangpa semua? (okay kejap, loghat indon ke pahang kedah terengganu ni?) Gunakanlah masa yang tinggal berapa hari je lagi ni. Carik pahala bebanyak. Mano nak dapek pahala free ni jang oi? Kat shopping complex pun tak do. K? Kepada batch 97, okay dok trial hangpa? Kalau belajar, InsyaAllah okay tu result hangpa (Y)

Okay, btw, disini ku menyusun sepuluh jari memohon keampunan seandainya ada khilafku yang membuat mu  terasa hati. (amboi, melayu sangat ni. Al maklum lah, baru habis trial PMR) Dah fikir dah plan nak bodek atok nenek mak ayah semua nak duit raya lebih? Baik pikir cepat. Bak kata orang, siapa cepat dia dapat. Ye dok?

 Oh, raya nanti jangan make up over sangat k perempuan? Then, biarlah baju kita tu menutup aurat, Allah dah bagi kita peluang untuk sambut hari raya. Dia bagi kita rezeki nak beli baju raya, bagi kita kesihatan untuk sambut hari raya. Tu semua nikmat Allah tu. So, sebagai tanda bersyukur, kita akurlah dengan perintah dia, antaranya tutup aurat. Okay gurlzzzzzzzzz?

Okay actually, setiap kali aku nak update blog, mula mula aku ingat nak cakap pasal apa, tapi bila dah bukak, dah start, terus lupa balik. Hehe. Apa apa pun, selamat ari raya lah ek. Maap zahir batin. Raya nanti jemput datang rumah :) Assalamualaikum.

Thursday, June 28, 2012

I really miss you, Dad.



Assalamualaikum wbt, hai. K saja update blog sebelum start buat folio. Hehe. Macam biasalah, niat bukak laptop nak buat Folio Sejarah akhirnya akan jadi angan angan semata mata. K serious. Tak tipu. Haha.
Okay btw, harini nak buat entry panjang sikit. Sebab Shidah complain, haha. Btw, sebelum start baca, can you please sedekahkan Al-Fatihah untuk abah? Thankyou so much sweethearts.

Rindu abah. Kbye. Haha panjang tak? Haha.

Actually seriously rindu abah. Ingat lagi dulu masa abah bukak kedai makan, aku lah pelanggan tetap abah :b  Sambil duduk dan tengok tv, sambil makan Mee Hailam abah buat. Ingat lagi, Mee Hailam Abah is the best and forever the best! Lama gilaaaa tak makan. Pastu aku tak pernah tolong abah siapkan order, tahu kenapa? Sebab bila aku tolong, jadi makin lambat. Tak berbudi lagsung aku kan? :'o

Pastu dulu, kalau kena marah dengan atuk, mesti aku lari turun rumah abah, pastu abah buatkan teh, lepas habiskan teh sambil menangis,  akan tertidur. Bangun terus okay, masa tu baru abah suruh cerita. Hihiw. Pastu kalau kat rumah abah memang macam tengah pam badan. Makan je. MAKANNNNN. Hihi seronok :b Paling best bila abah buat sup ikan merah, pun THORbaik jugak. Hihi. And and and lempeng abah buat pun best, abah kata masak dengan kasih sayang, sebab tu sedap :) Nasi goreng pun syiok gak. Kesimpulannya, abah masak memang best tak boleh lawan. Hehe.

Esok ada tiga penjuru. Biasanya mesti abah yang pergi. Pastu aku buat muka gedik kat abah bila cikgu panggil. Daripada tiga penjuru jadi dua penjuru je. Hehe. Paling wajib bila lepas tiga penjuru tu, ajak abah pergi kantin, pastu borong semua makanan sedap sedap. Hahahaha gedik gila gua.

Pastu dulu, siapa aku minat, abah mesti tahu. Isy, stalker betul abah ni. Muehehe :b Abah kata abah kenal anak anak dia, so of course abah tahu aku suka siapa. Hikhik.  And abah selalu sokong apa aku nak buat. The only one yang faham aku luar dalam. Kalau ada di antara family yang gaduh, arwah takkan sebelahkan sesiapa. Dia hanya tolong selesaikan. At last, semua puas hati.

K dah la, tak perlu nak sedih sedih malam ni. Pergi buat Folio Sejarah sana! Muehehe. Bye Assalamualaikum my hearts :* *heartS? Woo hati aku ada banyak, kbye*

Monday, June 25, 2012

Surat untuk bakal suami. Ehem ehem. *sila ingat PMR*


Assalamualaikum wbt, hai bakal suami. Saya tahu saya muda lagi nak cakap pasal suami. Muda SANGAT actually. Tapi siapa tahu kalau saya kahwin awal. Hikhik :b *turn on mood gatal* Eh, PMR lah. Jangan nak suami suami sangat eh. *turn off balik mood gatal*.

Ehem ehem,
Awak, *panggil dengan secomel boleh. Haha* saya tahu saya ni tak lah sebaik mana. Tapi, saya harap saya yang terbaik di mata awak. Awak, kalau kita bercinta lepas kahwin, saya harap awak boleh terima dan cintakan saya. Dan saya nak awak tahu, bermula dari saat awak melafazkan akad nikah, dan bermula dari saat saya dengan sahnya jadi isteri awak, saya nak awak tahu, cinta saya hanya untuk awak, kesetiaan saya hanya untuk awak. *jiwang habis, kbye*

Awak,
Saya ni kuat merajuk. Memang kena bersabar banyak dengan saya. Tapi InshaAllah, saya akan cuba jadi isteri terbaik untuk awak. Disebabkan awak akan jadi antara orang yang saya palinglinglingling sayang, saya nak awak tahu, saya ni memang perangai macam mintak penyepak sikit. Tapi saya tetap hormat awak, dan sayang awak. Okay? Sila bersabar dengan saya :b *Muka solehah* Saya harap awak tak halang saya untuk capai cita cita saya. Dan saya harap, harap sangat sangat, awak akan bawak saya lebih dekat dengan Allah. Dan saya harap sangat awak boleh bimbing saya jadi seorang anak, isteri dan ibu yang baik. *Amboi, sampai ke ibu dah ni, melampau*

Sampai sini sahaja surat saya untuk awak. Banyak lagi saya nak cakap, tapi nanti lepas kita kahwin saya sambung balik okay? Hehe :b I hope Allah will keep us on the right track and may our love remain until Jannah. InshaAllah, Amiin ya Rabbal Aalamiin :') Assalamualaikum.